Cara ia berfungsi

Steam Workshop ialah hab utama untuk kandungan yang dicipta pemain dan alat untuk menerbitkan, mengatur dan memuat turun kandungan tersebut ke dalam permainan anda. Permainan berbeza akan menggunakan Workshop dengan cara berbeza. Sesetengah permainan, seperti Team Fortress 2, membolehkan anda mencipta dan menyerahkan item baharu (seperti topi, senjata, lencana, but, dan banyak lagi) untuk dipertimbangkan supaya dimasukkan ke dalam permainan sebenar. Permainan lain seperti Elder Scrolls V: Skyrim membenarkan pengarang mod menerbitkan karya mereka terus ke Workshop, dan membiarkan pemain melanggan mod yang mereka ingin gunakan dalam permainan.

Item yang diterima, peraturan penyertaan, dan ganjaran mungkin berbeza bagi setiap produk. Sila baca arahan dengan teliti untuk melihat cara kemahiran dan minat anda boleh memberi impak yang paling besar.

Dengan menyerahkan item kepada Steam Workshop atau menerima peruntukan hasil untuk item tersebut, anda bersetuju dengan Perjanjian Undang-undang.